Jumaat, 16 Julai 2021

Bukan Malaysia sahaja, negara lain turut catat peningkatan

Oleh MOHD RASDAN AHMAD

  Ismail Sabri

PETALING JAYA – Trend peningkatan kes positif Covid-19 bukan sahaja berlaku di Malaysia, malah turut berlaku di negara-negara jiran termasuk Indonesia dan Thailand.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, rekod menunjukkan sebanyak 56,757 kes positif dilaporkan di Indonesia hari ini manakala Thailand pula merekodkan sebanyak 9,186 kes positif.

“Negara-negara Eropah turut bergelut dengan peningkatan kes seperti United Kingdom yang mencatatkan sebanyak 42,302 kes dan Rusia yang mencatatkan 25,293 kes,” katanya dalam kenyataan sebentar tadi.

Menurut beliau, sebanyak 13,215 kes positif direkodkan hari ini, berbanding 11,618 kes (semalam) dan 11,079 kes (kelmarin).

Tambahnya, tiga negeri menjadi penyumbang terbesar kepada peningkatan kes baharu hari ini ialah Selangor (6,120 kes), Negeri Sembilan (1,603) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (1,499).

“Peningkatan kes mendadak ini adalah disebabkan ujian saringan secara besar-besaran dan bersasar yang dilakukan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) terutama di Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan,” katanya. – K! ONLINE.

Tiada ulasan: