KOTA KINABALU: Selepas menelan seekor anak kambing, seekor ular sawa sepanjang 12 kaki ditemukan kekenyangan di sebuah kandang kambing di Kampung Suasa, Beaufort, hari ini.
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah menerima panggilan kecemasan mengenai penemuan ular sawa itu pada pukul 12.34 tengah hari.
Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort kemudian mengerahkan sepasukan pegawai pelbagai pangkat dengan menaiki dua buah jentera ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 28 kilometer dari balai. Operasi diketuai oleh Penguasa Bomba Kanan Ag Dinin Ag Ajak.
Pasukan bomba berjaya menangkap ular sawa sepanjang 12 kaki yang masih berada dalam kandang kambing berkenaan.
Tiada mangsa dilaporkan dalam operasi penangkapan ular tersebut.- UTUSAN ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan