Jumaat, 16 Julai 2021

Bomba, polis selamatkan lelaki cuba terjun bangunan

Oleh NOR AINNA HAMZAH
SEPASUKAN anggota bomba dan polis berjaya menyelamatkan seorang lelaki yang cuba terjun daripada sebuah premis kedai makan di pekan Gemencheh, Tampin malam tadi.-FOTO/ IHSAN PEMBACA

TAMPIN: Sepasukan anggota bomba dan polis berjaya menyelamatkan seorang lelaki yang cuba terjun dari sebuah premis kedai makan di pekan Gemencheh, di sini, malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gemencheh, Norfaizal Ahmad berkata, pihaknya mendapat panggilan pada pukul 9.52 malam dan segera ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira tiga kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat Gemencheh.

Menurutnya, sebaik sahaja tiba terdapat seorang lelaki berada di atas bangunan setinggi tiga tingkat.

“Pasukan penyelamat cuba memujuk lelaki itu untuk turun hampir sejam menggunakan kaedah psikologi dengan menenangkannya serta memberikan apa yang dikehendaki.

Lelaki itu memaklumkan ingin isterinya dari Seremban datang ke lokasi kejadian.

“Cubaan membunuh diri lelaki itu berjaya digagalkan, apabila dia berjaya diselamatkan. Dia kemudiannya diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan selanjutnya,” katanya malam ini.

Difahamkan, mangsa yang bekerja sebagai pengurus dipercayai mempunyai masalah keluarga.- UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan: