
KUANTAN: Hujan lebat berterusan sejak awal pagi menyebabkan beberapa kawasan di Raub dilanda banjir mulai petang semalam.
Ketua Zon 3 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Shahrul Nizam Nasir berkata hujan menyebabkan sungai di tiga kawasan iaitu Ulu Sungai, Semantan Ulu dan Dong melimpah.
“Setakat ini, tiada kehilangan atau kecederaan dilaporkan berlaku dan tindakan segera telah dilakukan untuk memindahkan mangsa ke pusat pemindahan sementara (PPS),” katanya semasa dihubungi Bernama.
Sementara itu, portal bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
melaporkan tujuh PPS dibuka di daerah itu bagi menempatkan 207 mangsa
daripada 54 keluarga.
Dalam pada itu, Balai Raya Kampung Sengkela, Balai Raya Kampung Gesing dan Balai Raya Kampung Chenua masing-masing menempatkan sebuah keluarga dengan jumlah mangsa seramai 16 orang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan