Sabtu, 10 Julai 2021

9,353 kes baharu, Melaka melonjak 835 kes

Sebanyak 9,353 kes baharu, rekod baharu dalam tempoh 24 jam.

SEMALAM 9,180, hari ini 9,353 kes baharu COVID-19. Satu lagi rekod kes harian tertinggi dalam tempoh 24 jam.

Menurusi perkongsian di media sosial Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini, angka kes baharu di Selangor dan Kuala Lumpur kekal tinggi melebihi separuh daripada jumlah yang dilaporkan di negeri-negeri lain.

Selangor melaporkan 4,277 kes baharu manakala Kuala Lumpur 1,398 – tidak banyak berubah berbanding semalam.

Paling menjadi perhatian adalah jumlah kes di Melaka yang mencatatkan angka 835 kes.

Semalam, negeri itu hanya melaporkan 222 penularan baharu.

Jiran Melaka dan Selangor iaitu Negeri Sembilan mencatatkan kes baharu keempat tertinggi hari ini dengan 638 kes.

Sementara itu, terendah kes baharu hari ialah Perlis dengan empat kes diikuti Putrajaya (39), Terengganu (50), Labuan (85) dan Kelantan (89).

Berikut pecahan kes mengikut negeri.

Sehingga 10 Julai 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 9,353 kes (827,191 kes)
Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor – 4,277 (281,670)
WPKL – 1,398 (87,711)
Johor – 399 (74,436)
Sabah – 251 (72,042)
Sarawak – 352 (68,599)
Negeri Sembilan – 638 (51,851)
Pulau Pinang – 180 (36,376)
Kelantan – 89 (35,991)
Perak – 145 (28,903)
Kedah – 364 (28,202)
Melaka – 835 (21,597)
Pahang – 247 (15,848)
Terengganu – 50 (11,721)
WP Labuan – 85 (9,087)
WP Putrajaya – 39 (2,550)
Perlis – 4 (607)

Tiada ulasan: