Sabtu, 3 Julai 2021

5 negeri penuhi indikator PPN beralih ke fasa 2 mulai Isnin

Staff Writers MALAYSIA NOW

Perlis, Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang telah dikenal pasti memenuhi indikator PPN.

Menteri Kanan (Kluster Pertahanan) Ismail Sabri berkata lima negeri termasuk Perlis, Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang telah memenuhi tiga indikator Pelan Pemulihan Negara dibenarkan untuk beralih ke fasa 2 berkuat kuasa 5 Julai.

Menurutnya, dalam fasa kedua, pergerakan rentas daerah dan negeri masih tidak dibenarkan kecuali pergerakan guru sekolah, dan pelajar yang mengikuti kelas-kelas peperiksaan.

“Pergerakan rentas negeri dan daerah oleh pasangan jarak jauh untuk fasa dua kita benarkan kepada mereka tetapi hanya dalam kes kecemasan dan keperluan asas,” katanya dalam sidang media bersama Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz.

Tiada ulasan: