Isnin, 19 Julai 2021

10,972 kes baharu, Selangor, KL turun, N. Sembilan meningkat

0
502

SEBANYAK 10,972 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini, meningkat sedikit berbanding 10,710 semalam.

Walau bagaimanapun, jumlah kes hari ini merupakan hari ketujuh-tujuh berturut-turut penularan baharu berada pada lima angka.

Meski pun Selangor terus merekodkan kes tertinggi, tetapi jumlah yang dilaporkan terus turun berbanding beberapa hari lalu.

Hari ini, Selangor merekodkan 4,404 kes berbanding 4,828 semalam manakala Kuala Lumpur juga turun kepada 609 berbanding 945 semalam.

Menurut data Kementerian Kesihatan (KKM), kedua tertinggi melaporkan kes baharu hari ini ialah Negeri Sembilan dengan 1,340 kes manakala ketiga, Johor dengan 876 kes.

Kedah terus melaporkan kes yang tinggi dengan hari ini sebanyak 705 kes.

Perlis kekal terendah melaporkan kes baharu dengan satu penularan sahaja.

Kelmarin, Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz menyatakan, apa yang lebih penting sebahagian besar daripada kes baharu adalah kes tanpa gejala atau bergejala ringan.

Berikut pecahan kes mengikut negeri.

Sehingga 19 Julai 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 10,972 kes (927,533 kes)
Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor – 4,404 (326,823)
WPKL – 609 (99,172)
Johor – 876 (79,554)
Sabah – 651 (75,796)
Sarawak – 301 (71,601)
Negeri Sembilan – 1,340 (62,369)
Pulau Pinang – 426 (39,296)
Kelantan – 170 (37,728)
Kedah – 705 (33,255)
Perak – 324 (31,573)
Melaka – 474 (25,526)
Pahang – 475 (18,948)
Terengganu – 144 (12,797)
WP Labuan – 24 (9,451)
WP Putrajaya – 48 (3,016)
Perlis – 1 (628)

Tiada ulasan: