Jumaat, 18 Jun 2021

Wanita MCA terkejut ikat jamin ‘rendah’ pada tertuduh pukul isteri hamil

MALAYSIAKINI'

 Malaysiakini

Wanita MCA terkejut dan kecewa apabila lelaki yang dituduh memukul isteri hamil sehingga koma dibenarkan diikat jamin RM7,000.

“Ia juga memberi mesej yang salah kepada orang awam, seolah-olah kes-kes penderaan dibiarkan berleluasa.

“Walaupun pemangsa ditangkap, mereka dilepaskan semula dengan jaminan yang sangat rendah berbanding kecederaan mangsa.

“Wanita MCA tetap akan terus memperjuangkan hak dan kepentingan seluruh warga wanita Malaysia,” kata ketuanya Heng Seai Kei.

Dalam kes di Mahkamah Sesyen di Johor Bharu, semalam, Rosmaini Abd Raof, 38, mengaku tidak bersalah atas tuduhan mencederakan isteri ketiganya yang hamil empat minggu, sehingga parah, awal bulan lepas.

Lelaki itu didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera parah ke atas Jahidah Nordin @ Sylvester, 43, seorang penjawat awam, dengan memukul bahagian kepala, muka dan tangan serta menghentak kaki pada bahagian belakang mangsa.

Pihak pendakwaan menawarkan jaminan RM30,000 dengan seorang penjamin namun Rosmaini yang tidak diwakili peguam, merayu jumlahnya dikurangkan dengan alasan menanggung tujuh anak dan tiga isteri.

Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan dua penjamin beserta syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan dan tidak berkomunikasi dengan mana-mana saksi sehingga kes selesai.

Tiada ulasan: