Jumaat, 18 Jun 2021

Kembali meningkat - lebih 6,000 kes baru Covid-19

MALAYSIAKINI

Malaysiakini

Jumlah jangkitan harian Covid-19 di negara ini kembali menunjukkan peningkatan dengan sebanyak 6,440 kes baru dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu.

Perkara itu dimaklumkan oleh Kementerian Kesihatan menerusi akaun media sosialnya hari ini.

Kali terakhir Malaysia mencatatkan kes harian Covid-19 melebihi 6,000 adalah pada 11 Jun lalu iaitu sebanyak 6,849 kes.

Jumlah jangkitan harian dalam tempoh seminggu lalu adalah sebanyak 5,638 kes pada 17 Jun, 5,419 kes (16 Jun), 5,150 kes (15 Jun), 4,949 kes (14 Jun), 5,304 kes (13 Jun), 5,793 kes (12 Jun) dan 6,849 kes (11 Jun).

Selangor kekal menjadi negeri yang mencatatkan kes tertinggi hari ini iaitu sebanyak 2,095 kes, dikuti Negeri Sembilan (870) dan Kuala Lumpur (816).

Pecahan setiap negeri:

Selangor - 2,095
Negeri Sembilan - 870
Kuala Lumpur - 816
Johor - 592
Sarawak - 536
Perak - 357
Melaka - 223
Kelantan - 200
Sabah - 199
Kedah - 159 
Labuan - 152
Pulau Pinang - 122 
Pahang - 79 
Terengganu - 32 
Putrajaya - 6 
Perlis - 2

Tiada ulasan: