JEMPOL: Cubaan tiga sahabat yang cuba berpatah balik selepas menyedari terdapat pemeriksaan anggota polis di Kilometer 17, Jalan Bahau Kemayan, di sini gagal dan mereka dikenakan kompaun masing-masing sebanyak RM2,000 setiap seorang.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, kesemua mereka yang terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita itu, berusia dalam lingkungan 25 hingga 32 tahun.
Tambah beliau, ketika kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari tadi itu, mereka menaiki sebuah kereta dalam perjalanan dari Bahau menghala ke Air Hitam.
Jelasnya, pemandu kenderaan berkenaan cuba berpatah balik namun tindakan pantas anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) berjaya menahan kenderaan berkenaan atas kesalahan gagal memastikan kapasiti jumlah penumpang kenderaan yang dibenarkan hanya seramai dua orang.
“Sebaik sahaja disoal, kesemua mereka tidak memberikan jawapan yang sama. Berkemungkinan kesemuanya tiada tujuan keluar dan hanya bersiar-siar.
“Kesemuanya dikenakan kompaun di
bawah di bawah Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988,”
katanya dalam kenyataan hari ini.- UTUSAN ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan