Isnin, 14 Jun 2021

PKRC Hospital Permai beroperasi hari ini

BH ONLINE
 PKRC Hospital Permai yang mula beroperasi hari ini. - Foto FB MKN Johor
PKRC Hospital Permai yang mula beroperasi hari ini. - Foto FB MKN Johor

JOHOR BAHRU: Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Hospital Permai, Jalan Tampoi, di sini, yang mampu menempatkan sehingga 585 pesakit, mula beroperasi hari ini.

Menerusi hantaran dan gambar dimuat naik di laman Facebook Majlis Keselamatan Negara (MKN) Johor, PKRC awam kedua itu akan menempatkan pesakit wanita, ibu mengandung dan kanak-kanak berumur bawah 12 tahun.

"PKRC di bangunan Olive B, Hospital Permai itu mula menerima pesakit hari ini dan menyasarkan untuk menempatkan pesakit wanita, ibu mengandung serta kanak-kanak bawah 12 tahun bagi memastikan keselesaan dan keselamatan mereka terjaga," kata hantaran itu.

Ia adalah PKRC ketiga di Johor selepas PKRC Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) di sini, dan PKRC DB Kompleks di Iskandar Puteri yang dikendalikan pihak swasta.

Semua PKRC menempatkan individu positif COVID-19 kategori satu dan dua iaitu tanpa gejala atau bergejala ringan.

Johor merekodkan 363 kes baharu hari ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan COVID-19 di negeri itu sebanyak 64,639 kes dengan 450 kematian.– BERNAMA

Tiada ulasan: