Isnin, 21 Jun 2021

Pemberian vaksin meningkat 5.675 juta dos

DR ADHAM BABA/ Gambar Fb Dr Adham

SEBANYAK 5.675 juta dos vaksin COVID-19 sudah diberikan menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, daripada jumlah itu, 4.08 juta adalah melibatkan dos pertama.

Katanya, 1.58 juta lagi melibatkan pemberian dos kedua.

“Pada semalam sahaja, sebanyak 164,282 dos diberikan pada semalam, 19 Jun.

“Seramai 128,400 menerima vaksin untuk suntikan pertama manakala 35,882 lagi menerima suntikan kedua,” katanya menerusi twitter beliau hari ini.

Berdasarkan infografik yang dikongsikan beliau, Kuala Lumpur mencatatkan penerima dos pertama vaksin tertinggi dengan 697,411 orang.

Ini diikuti Selangor 626,510, Sarawak (570,994) dan Johor (369,859).

Sementara itu, bagi dos kedua, Selangor melaporkan angka tertinggi dengan 207,077 diikuti Sarawak (181,690), Johor (161,082) dan Sabah (131,966).

Daftar di aplikasi MySejahtera, http://vaksincovid.gov.my atau telefon 1800888828

Tiada ulasan: