KUALA LUMPUR – Misi Bantuan Kemanusiaan Palestin UMNO telah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi semalam.
Mereka dalam misi membawa sumbangan untuk rakyat Palestin dan keperluan hospital di sana.
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, misi itu diketuai Pengerusi Biro Kebajikan UMNO, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.
Katanya, mereka akan bekerjasama erat dengan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Palestin dalam misi itu.
“Rombongan UMNO ini akan turut membantu memperbaiki kerosakan Masjid Al-Aqsa.
“UMNO sebelum ini melancarkan tabung untuk misi Bantuan Kemanusiaan Palestin iaitu Tabung Muafakat Palestin,” katanya dalam kenyataan ringkas menerusi Facebooknya, malam ini.
Menurut Ahmad Zahid, seluruh rakyat Malaysia khususnya ahli UMNO mengucapkan selamat pergi dan selamat kembali kepada pasukan UMNO ke Palestin.
“Bersama kita doakan semoga sentiasa dalam lindungan Allah S.W.T dalam menjalankan misi kemanusiaan di sana.
“Semoga misi Biro Kebajikan UMNO mendapat ganjaran pahala oleh Yang Maha Esa,” katanya. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan