Rabu, 23 Jun 2021

Ketua Pemuda PAS serah 12 kerusi roda untuk PPV

HARAKAH DAILY
 

KUALA KRAU: Ketua Pemuda PAS Malaysia, Senator Ir Ts Khairil Nizam Khirudin telah memberi sumbangan 12 kerusi roda untuk kegunaan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Stadium Tun Razak, di sini kelmarin.

Penyerahan sumbangan tersebut bagi memastikan kemudahan yang mencukupi untuk Program Imunisasi COVID 19 Kebangsaan (PICK), di samping membantu penerima suntikan vaksin yang uzur dan berusia ketika berurusan.

Penyampaian sumbangan tersebut telah diterima kepada Pakar Perubatan Keluarga Klinik Kesihatan Bandar Jengka, Dr Mohd Faizal Mohd Arif selaku penyelaras yang mengetuai para petugas dan sukarelawan di PPV itu.

Kehadiran beliau telah diiringi Penyelaras PAS Kawasan Kuala Krau, Ustaz Kamal Ashaari bersama Ketua Pemuda PAS Kuala Krau, Ustaz Anuar Daud dan Pegawai Kesihatan Daerah Maran, Dr Aminuddin Ma’pol.

 

Sebelum ini, ADUN Jengka, Ustaz Shahril Azman Abdul Halim juga telah menyumbangkan tiga kerusi roda seumpama kepada pihak Hospital Jengka bagi tujuan kegunaan sama.

“Dengan penambahan kerusi roda ini diharap dapat memudahkan urusan pihak hospital yang sentiasa memerlukan perhatian dan kerjasama daripada pihak berautoriti untuk memberi sumbangan seperti ini. 

“Pendaftaran vaksin sudah dipermudahkan oleh kerajaan terutama bagi warga emas jadi dengan pertambahan ini sangat memudahkan bagi mereka menerima vaksin dan tidak menjadi masalah kepada mereka yang menghadapi sebarang keuzuran,” ujar Khairil.

Pihak hospital mengucapkan terima kasih kepada Senator Khairil Nizam beserta rombongan dan juga pihak lain yang turut terlibat dalam pemberian ini. – HARAKAHDAILY

Tiada ulasan: