Umavathi Ramayah
Menurut
Abd Jalil, siasatan akan diteruskan bagi mengenal pasti pihak yang
bertanggungjawab memuat naik hantaran tersebut dan mereka yang mempunyai
mempunyai kaitan dengan kes itu. - PDRM
KUALA LUMPUR :
Polis mengesahkan sejumlah 11 individu telah dipanggil untuk merekodkan
keterangan berhubung kes tular membabitkan Menteri Perusahaan
Perladangan dan Komoditi, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali, yang
didakwa ditahan bersama seorang wanita di Perasing, Terengganu, bulan
lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah,
Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, kesemua mereka dipanggil mengikut
Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah.
Beliau
juga mengesahkan, pihaknya menerima laporan berhubung satu hantaran
bertajuk 'Tular WhatsApp Khairuddin ditahan di Perasing, Terangganu' di
mana hantaran itu dimuat naik di laman sesawang Info Negara Kini pada
pukul 4.50 petang, 28 Mei lalu.
"Siasatan
akan diteruskan bagi mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab memuat
naik hantaran tersebut dan mereka yang mempunyai mempunyai kaitan dengan
kes ini sebelum kertas siasatan dihantar ke Pejabat Peguam Negara untuk
arahan lanjut," katanya dalam kenyataan di sini, pada Selasa.
Mengulas
lanjut, Abd Jalil memberitahu, hantaran yang memaparkan gambar figura
politik itu bersama seorang wanita itu dikongsi lebih 9,300 kali di
laman sosial.
Kes itu dikatanya, disiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian D5, Bukit Aman.
Ekoran
itu, beliau menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang
spekulasi atau menyebarkan khabar angin yang tidak berasas tanpa
mendapat kesahihan daripada sumber rasmi.
Katanya,
sebarang bentuk penyebaran berita dengan menggunakan media sosial
merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan
Multimedia 1998.
Terdahulu media
melaporkan, Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik mengesahkan Ahli
Parlimen Kuala Nerus itu diperiksa ketika melalui sekatan jalan raya
(SJR) Perasing di Kemaman pada 16 Mei lalu.
Sebelum itu, dalam mesej tular, pemimpin itu didakwa berada dalam kenderaan bersama seorang wanita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan