PUTRAJAYA – Kementerian Kewangan memberi jaminan kelulusan moratorium secara automatik akan diberikan kepada peminjam yang layak.
Kelulusan itu akan diberikan kepada golongan B40, M40 dan T20 yang hilang pekerjaan atau pendapatan terjejas sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, pada dasarnya semua yang terjejas pasti akan dibantu kerajaan.
”Semua yang terkesan akan mendapat kelulusan automatik,” katanya.
Beliau berkata, kaedah yang diguna pakai sama seperti United Kingdom, Australia dan Singapura juga memberikan moratorium automatik kepada golongan terjejas.
Jadi, mana-mana pihak yang tidak terkesan, tidak mendapatbantuan itu.
“Negara-negara ini juga membuat keputusan untuk membantu golongan terkesan. Tidak ada mana-mana dunia yang memberikan moratorium secara automatik kepada semua,” katanya pada sidang media khas Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan perinciannya oleh Kementerian Kewangan di sini.
Sambung Tengku Zafrul lagi, kumpulan perniagaan mikroserta perusahaan kecil dan sederhana dalam sektor yang tidakdibenarkan beroperasi boleh memilih untuk mendapatkanmoratorium secara automatik.
Syaratnya moratorium selama tiga bulan atau pengurangan bayaran ansuran sebanyak 50 peratus selama enam bulan.
Sebelum ini Tengku Zafrul sudah menjelaskan, kira-kira 85 peratus daripada peminjam membuat pembayaran balik selepas moratorium berakhir pada September 2020.
Jelasnya ia merupakan petunjuk kukuh bahawa kebanyakan rakyat Malaysia dapat terus membayar pinjaman mereka dan sejak itu sektor perbankan telah memberi tumpuan secara strategik kepada 15 peratus daripada peminjam yang sedang bergelut.
Bank menawarkan pilihan antara moratorium selama tigabulan atau pengurangan ansuran bulanan bayaran balik pinjaman sebanyak 50 peratus selama enam bulan dalamBelanjawan 2021.
Dalam pada itu, Tengku Zafrul turut memaklumkan, Kementerian Kewangan telah meminda indikator golongan B40 sebagai isi rumah berpendapatan RM5,000 dan ke bawah sejak Belanjawan 2021.
Sebelum ini, definisi golongan B40 ini adalah isi rumah yang berpendapatan RM4,000.
‘“Kita sedia maklum dengan Jabatan Perangkaan Malaysia menyatakan lebih 600,000 isi rumah M40 sudah jatuh kekategori B40. Oleh kerana itu, pendapatan isi rumah B40 dinaikkan kepada RM5,000, sesuai dengan situasi semasa,” ujarnya.- MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan