Ahad, 20 Jun 2021

Ikan bertimbun tapi waktu jualan terlalu singkat, keluh peniaga

MGP190621002
Para peniaga ikan di Pasar Sejahtera Beserah

KUANTAN – Lambakan ikan dan hasil laut di Pasar Sejahtera Beserah, Kuantan berikutan waktu jualan yang terlalu singkat membuatkan para peniaga semakin resah.

Menurut Zawai Mat, 51, meskipun peniaga akur dengan waktu berniaga bermula 6 pagi hingga 2 petang namun itempoh masa tersebut sangat terbatas menyebabkan dia terpaksa menanggung kerugian yang tinggi.

MGP190621004
Zawawi Mat, 51 tahun sudah berpengalaman 23 tahun berniaga 
ikan di Pasar Sejahtera Beserah

Katanya, jualan para peniaga juga susut sebanya 40 peratus berbanding sebelum  pandemik Covid-19.

Bagi menangani beban yang ditanggung, ada dalam kalangan peniaga berusaha memproses lambakan ikan menjadi ikan masin selain memberi ikan secara percuma kepada orang ramai.

“Beza memang banyak, apabila berniaga masa terhad di mana pembeli bekejar-kejar dan tidak beberapa meriah macam dulu.

“Sebelum ini dibenarkan berniaga dari pagi sampai petang, Maghrib pun orang mari lagi, sekarang orang balik pejabat lewat sebab masa terhad jadi diorang nak beli ikan susah sikit.

“Dulu memang ramai datang termasuk orang luar  tapi sekarang sangat terhad, kalau ramai hanya waktu hujung mingggu hari biasa kurang sikit orang turun pasar.

“Tiap-tiap hari ikan baharu sampai, nelayan balik petang bawa balik ikan, sedangkan petang kita dah tak boleh berniaga.

Tiada ulasan: