KUALA LUMPUR – Sekatan Jalan Raya (SJR) di Kota Darul Ehsan, Lebuhraya Persekutuan gempar apabila pihak polis mengesan sebuah dron berlegar-legar berhampiran SJR itu.
Dron itu dipercayai diterbangkan orang awam tanpa kebenaran berhampiran sempadan Selangor-Kuala Lumpur itu.
Tinjauan MalaysiaGazette mendapati sebuah dron bersaiz kecil berwarna putih kelihatan berlegar-legar di sekitar Kota Darul Ehsan seolah-olah memantau pasukan keselamatan yang sedang bertugas.
Kejadian itu dikesan kira-kira jam 9.45 malam tadi selepas beberapa anggota polis dan tentera menyedari kehadiran sebuah dron yang cuba mengintai aktiviti penguatkuasa tersebut.
Bagaimanapun unit dron yang hanya kelihatan berkelipan dengan cahaya lampu terus beredar apabila anggota polis cuba mengesan pemilik pesawat kecil itu.
Pihak polis dan tentera yang bertugas mengesahkan dron itu bukan
milik pihak berkuasa dan ia diterbangkan tanpa kebenaran. –
MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan