Ahad, 6 Jun 2021

Ebit Lew selamat tapi belum pasti dapat masuk ke Gaza

Mohammad Arif Nizam
MGF18072020_HARI-PEMBUKAAN-PASARAYA-ELEWSMART_11
Pendakwah terkenal, Ebit Lew.

KUALA LUMPUR – Pendakwah popular, Ustaz Ebit Lew yang mengetuai misi kemanusiaan rakyat Palestin sejak 25 Mei lalu disahkan dalam keadaan selamat di Mesir ketika ini.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, berdasarkan maklumat terkini, urusan Ebit dan delegasinya berjalan lancar apabila mereka telah membeli barangan bantuan yang mahu dibawa masuk ke wilayah Gaza.

Bagaimanapun beliau menjelaskan, kerajaan tidak dapat memastikan Ebit telah berjaya memasuki negara yang sedang bergolak dengan peperangan itu atau tidak.

“Setakat dimaklumkan kepada kita, perjalanan beliau lancar dan tentang sama ada beliau dapat masuk ke Gaza atau tidak, tidak ada dalam maklumat saya.

“Tetapi yang jelas beliau telah sampai ke Mesir dan telah mampu beli barangan bantuan yang perlu untu ke Gaza dan barangan tersebut sudah masuk ke sana.

“Beliau selamat dan setakat kita pantau dan kedutaan kita di Mesir pantau secara rapat, urusan beliau dan pasukan telah berjalan lancar,” katanya.

MGF05062021__AGIHAN-AYAM-SEGAR-SRI-PENARA11
Timbalan Menteri Luar Negeri merangkap Ahli Parlimen Bandar 
Tun Razak, Datuk Kamarudin Jaffar melihat proses pengagihan 
ayam segar untuk diagihkan kepada penduduk berikutan Perintah 
Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Pangsapuri Sri 
Penara, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI,

Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis penyerahan  ayam segar percuma di Pangsapuri Penara yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan di sini hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak berkata demikian ketika mengulas perkembangan terkini Ebit yang berlepas ke Mesir sejak 25 Mei lalu.

Dua hari lalu, Ebit memuat naik gambarnya di laman sosialnya yang berada di Kedutaan Malaysia di Mesir selain gambar barangan sumbangan keperluan asas di atas lori untuk dibawa masuk ke Gaza.

Namun sehingga hari ini, beliau tidak lagi mengemas kini akaun Facebook miliknya dan tidak memuat naik apa-apa gambar dan hantaran terkini hingga menimbulkan persoalan kepada netizen.

Malah terdapat dakwaan misi Ebit itu dihalang dan beliau serta pasukan tidak dibenarkan memasuki Gaza.

Kamaruddin dalam kenyataan pada 26 Mei lalu berkata, misi kemanusiaan untuk rakyat Palestin yang dirancang oleh delegasi Ebit telah mendapat kelulusan perjalanan dan tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) semasa.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan daripada pendakwah itu bagi memaklumkan misi kemanusiaan yang dijadual bermula hari ini hingga 30 Mei. – MalaysiaGazette

 

Tiada ulasan: