Selasa, 8 Jun 2021

Bekas suami Zarina ditahan polis

Wartawan MalaysiaGazette
fgh-620x393-1
Zarina Anjoulie dan Eilyas Azhar bernikah pada Julai tahun lalu.

KUALA LUMPUR – Bekas suami kepada pelakon Zarina Anjoulie iaitu Eliyas Azhar ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai, Negeri Sembilan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

Eilyas ditahan susulan laporan polis dibuat Zarina pada Sabtu lalu berkenaan ugutan yang diterima daripada bekas suaminya.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, Zarina mendakwa menerima pesanan berunsur ugutan daripada bekas suami bertujuan untuk mengaibkannya di media sosial.
“Sehubungan itu pada semalam (Ahad), suspek telah hadir ke IPD untuk dirakam percakapan dan ditahan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya memetik laporan Sinar Harian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan kertas siasatan akan dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya untuk keputusan dalam waktu terdekat.

Sebelum ini, Zarina ada memuat naik bukti paparan mesej perbualan yang mana Zarina bertanya sama ada dia perlu membayar Eilyas jika ingin diceraikan, lelaki itu meletakkan harga bayaran berjumlah RM10,000.

Menerusi satu lagi perkongsian, Zarina turut berkongsi laporan polis yang dibuat berkenaan tindakan Eilyas yang pernah memanjat pagar rumahnya untuk merakam gambar dan videonya dalam keadaan aib. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: