Jumaat, 4 Jun 2021

Anjing dibawa masuk ke penjara kurangkan tekanan banduan

Oleh WARTAWAN LUAR NEGARA

LONDON: Dalam usaha mengurangkan tekanan yang dihadapi banduan semasa pandemik Covid-19, penjara di seluruh United Kingdom (UK) memperkenalkan inisiatif membawa masuk anjing ke dalam kawasan itu.

Usaha itu dilaksanakan oleh kelab kebajikan, Pets as Therapy yang digunakan di 24 penjara di seluruh UK.

Seorang banduan, Lloyd yang hanya tinggal setahun hukuman penjara berkata, usaha itu membantu mereka untuk melihat kehadapan.

Katanya, anjing bernama Rosco itu yang sering dibawa masuk ke kawasan penjara diibaratkan seperti seorang anak dan selalu berjalan-jalan dengan mereka.

“Haiwan ini memberikan kami peringatan tentang nilai kehidupan sebelum ini dan bagaimana akan berlaku selepas dibebaskan nanti.

“Adalah sangat penting untuk kita sentiasa melihat kehadapan daripada melihat kebelakang,” katanya.

Lawatan di penjara terpaksa ditangguhkan selama berbulan-bulan disebabkan pandemik Covid-19 dan situasi itu menimbulkan kebimbangan sekiranya banduan mengalami masalah kesihatan mental.

Seorang pegawai di Penjara Parc, Bridgend berkata, anjing membantu menceriakan suasana orang di sekeliling.UTUSAN

Tiada ulasan: