Jumaat, 18 Jun 2021

Ah long ligat cari pelanggan

 Oleh NORLIDA AKMAR IDROS dan NUR ANATI JUHAR

MOHD. YUSRIZAL bertemu dengan dua peniaga yang gagal membayar hutang ah long di pejabatnya di Alor Setar baru-baru ini.

I ALOR SETAR – Sindiket ah long kini semakin agresif mencari pelanggan dengan menawarkan diskaun hebat serta bayaran balik pinjaman yang fleksibel kepada mangsa bagi menarik minat mereka untuk membuat pinjaman mudah dan segera. 

Sasaran utama sindiket terbabit ialah golongan peniaga yang semakin dihimpit kesusahan dalam perniagaan ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh atau total lockdown sejak awal bulan ini.

Tiada ulasan: