Khamis, 17 Jun 2021

5,738 kes baharu, Negeri Sembilan melonjak empat angka

Sebanyak 5,738 kes baharu dilaporkan hari ini.

SEMALAM 5,150 kes harian COVID-19 dilaporkan, namun hari ini jumlahnya meningkat kepada 5,738.

Peningkatan hampir 600 kes berbanding hari ke-16 sekatan penuh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 itu antaranya disebabkan kes baharu yang tinggi di Negeri Sembilan.

Jika semalam 607 kes dilaporkan di Negeri Sembilan, jumlah penularan hari ini meningkat kepada empat angka iaitu 1,086 kes.

Menurut data yang dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Kuala Lumpur turut mencatatkan peningkatan daripada 480 kes semalam kepada 641 kes hari ini.

Selangor pula tidak banyak berubah apabila sebanyak 1,858 lagi kes dilaporkan hari ini. Angka itu lebih rendah berbanding semalam yang mencatatkan 1,914 kes.

Sementara itu, Perak terus menunjukkan penurunan kes baharu apabila hanya 30 kes direkodkan hari ini.

Turut melaporkan kes di bawah tiga angka ialah Labuan (97 kes), Terengganu (77 kes) Pahang (54 kes) dan Putrajaya (7 kes).

Perlis pula mencatatkan sifar kes baharu hari ini.

Baca artikel berkaitan: 5,150 kes baharu, N. Sembilan meningkat, KL turun

Berikut pecahan kes mengikut negeri.

Sehingga 17 Jun 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 5,738 kes (678,764 kes)

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor – 1,858 (222,249)
WPKL – 641 (69,490)
Sabah – 248 (66,978)
Johor – 449 (66,276)
Sarawak – 559 (58,034)
Negeri Sembilan – 1,086 (36,194)
Kelantan – 154 (32,896)
Pulau Pinang – 97 (32,644)
Perak – 30 (23,946)
Kedah – 197 (22,747)
Melaka – 184 (15,460)
Pahang – 54 (11,818)
Terengganu – 77 (10,829)
WP Labuan – 97 (6,491)
WP Putrajaya – 7 (2,144)
Perlis – 0 (568)

Tiada ulasan: