Selasa, 22 Jun 2021

4,743 kes Covid-19, Selangor tertinggi

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 4,743 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah jangkitan meningkat kepada 705,762 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 1,566 kes.

Ia diikuti Kuala Lumpur yang mencatatkan sebanyak 635 kes, Negeri Sembilan (585), Sarawak (507), Johor (239), Pulau Pinang (195), Sabah (193), Melaka (167), Kelantan (165), Kedah (142), Pahang (131), Labuan (104), Perak (68) dan Terengganu (37).

Putrajaya dan Perlis mencatatkan angka satu digit, masing 7 dan 4 kes.

Tiada ulasan: