Selasa, 2 Februari 2021

Warga emas cedera terkena tembakan di lengan

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga emas cedera di lengan dipercayai terkena tembakan di Jalan Aminuddin Baki, Taman Tun Dr Ismail, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar, berkata susulan kejadian pada jam 12.19 tengah hari itu, mangsa berusia 69 tahun itu dibawa ke klinik swasta berdekatan bagi mendapatkan rawatan.

"Polis menerima laporan daripada mangsa pada jam 12.19 tengah hari tadi, berhubung kejadian berkenaan.

"Semasa pengadu sedang membersihkan dapur restoran itu, mangsa mendakwa rasa sakit pada bahagian ketiak dan mendapati kesan luka di bahagian itu.

"Lelaki itu ternampak satu butir besi menyerupai anak peluru d bahagian kakinya," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 37 Akta Senjata Api 1960 dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Orang ramai mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999, Hotline Polis Brickfields (03-22979222) atau mana- mana balai polis berhampiran.

Tiada ulasan: