Sabtu, 27 Februari 2021

FDA lulus, NPRA belum - KJ

 Oleh Luqman Arif Abdul Karim  

 PPfizer perlu kemukakan data terbaharu kepada Bahagian Kawal Selia Farmasi Negara (NPRA) mengenai kelonggaran aspek penyimpanan. - Foto BERNAMA

UALA LUMPUR: Syarikat farmaseutikal, Pfizer perlu kemukakan data terbaharu kepada Bahagian Kawal Selia Farmasi Negara (NPRA) mengenai kelonggaran aspek penyimpanan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, menyifatkan kelonggaran terbaru berhubung vaksin hasil kerjasama Amerika Syarikat (AS) dan farmaseutikal dari Jerman, BioNTech itu berita baik, khususnya dalam membantu pengurusan logisitik.

Bagaimanapun, katanya, sebarang perubahan garis panduan penyimpanan, iaitu suhu bekalan perlu mendapatkan kelulusan semula daripada NPRA.

"Pfizer yang dibekalkan dan diberi kepada penduduk di Malaysia mendapat kelulusan bersyarat daripada NPRA, yang antara lain menggariskan bahawa ia perlu disimpan dalam peti sejuk ultra rendah, menjangkau -80 Celsius.

"Justeru, Pfizer perlu kemukakan semula data terbaharu kepada NPRA yang menunjukkan vaksin itu stabil bagi tempoh dua minggu sekiranya disimpan dalam peti sejuk bersuhu -20 Celsius.

"Ini bagi tujuan kelulusan baharu daripada NPRA. Walaupun Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA) sudah bagi 'lampu hijau', kita perlu dapatkan kelulusan di sini," katanya pada sidang media sempena penghantaran Sinovac, hari ini.

Terdahulu, ketibaan 200 liter Sinovac menerusi penerbangan MH319 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dihadiri Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Turut kelihatan, Menteri Pertahanan, Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Duta China ke Malaysia, Ouyang Yujing.

Pengarah Pusat FDA bagi Penyelidikan dan Penilaian Biologi, Peter Marks, semalam dilaporkan berkata vaksin Pfizer yang dibekukan boleh disimpan dalam suhu peti sejuk farmaseutikal untuk tempoh menjangkau dua minggu.

Kelonggaran bagi memudahkan kelancaran proses pengangkutan dan penyimpanan itu sekali gus menyaksikan Pfizer kini tidak lagi perlu disimpan di dalam peti sejuk suhu ultra rendah, -80 Celsius, sebaliknya mampu tahan suhu lebih sederhana, iaitu -20 Celsius.

Malaysia hari ini menerima vaksin Sinovac yang diterbangkan dari Beijing, China menerusi penerbangan Malaysia Airlines MH319. - Foto BERNAMA
Malaysia hari ini menerima vaksin Sinovac yang diterbangkan 
dari Beijing, China menerusi penerbangan Malaysia Airlines 
MH319. - Foto BERNAMA
 
PPfizer perlu kemukakan data terbaharu kepada Bahagian Kawal Selia Farmasi Negara (NPRA) mengenai kelonggaran aspek penyimpanan. - Foto BERNAMA
 
LIHAT VIDEO DI SINI

Tiada ulasan: