Jumaat, 26 Februari 2021

3,085 kes sembuh; 2,253 kes positif; 11 kematian

Oleh PETAH WAZZAN ISKANDAR

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan sebanyak 3,085 kes sembuh sekali gus mengatasi 2,253 kes positif dengan 11 kematian.

Manakala kes aktif, yang mengalami penurunan kes sejak beberapa hari lalu di mana, hari ini ia merekodkan sebanyak 27,994 kes berbanding semalam, 28,837 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 201 kes positif yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 93 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Selangor masih mengekalkan negeri tertinggi kes positif apabila merekodkan sebanyak 633 kes diikuti Perak, 545 kes; Johor, 276 kes; Sarawak, 250 kes; Sabah, 129 kes dan Kuala Lumpur, 122 kes.

“Baki negeri lain merekodkan kes dua angka manakala Perlis, empat kes; Terengganu, satu kes; Labuan, dan Putrajaya, sifar kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.- UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan: