Selasa, 23 Februari 2021

Terpijak injak minyak, OKU rempuh restoran, tukang masak maut

Gambar Facebook.

IPOH: Seorang tukang masak maut manakala seorang lagi cedera, selepas dirempuh sebuah kereta dipandu seorang lelaki Orang Kelainan Upaya (OKU), ketika sedang memasak di kaki lima sebuah restoran di Jalan Batu Sinar, Kampar pagi tadi.

Ketua Polis Kampar, Hasron Nazri Hashim, berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian menimpa mangsa yang maut, Wong Kwai Yung, 59, dan rakan sekerjanya yang cedera, Sek Loow See, 50, pada 9.40 pagi.

“Siasatan awal mendapati kereta jenis Proton Saga dipandu lelaki berusia 54 tahun itu, sedang memasuki tempat letak kenderaan di hadapan restoran itu untuk membeli makanan, namun secara tiba-tiba terpijak injak minyak lalu merempuh kedua-dua pekerja yang sedang memasak di gerai pada depan kedai,” katanya dalam kenyataan.

Akibat kejadian itu, Wong meninggal dunia kerana kecederaan parah di kepala manakala Sek mengalami luka kecil pada bahu dan kaki.

Ketika kejadian, terdapat pelanggan yang sedang makan di dalam restoran. Kenderaan dipandu lelaki yang kudung kaki kanan itu mengalami kerosakan remuk pada bonet hadapan, pecah pada lampu besar kiri kereta, dan pecah pada “bumper” hadapan kereta.

Pemandu itu bersama seorang penumpang wanita berusia 42 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Hasron berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Kampar untuk dibedah siasat, manakala mangsa yang cedera dirawat di hospital sama.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan

Tiada ulasan: