trendingkini.
Memetik laporan Malaysia Gazette, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hari ini mengerahkan kira-kira 122 anggota dan pegawai penguatkuasanya untuk mencari dan menangkap usahawan kosmetik, Nur Sajat.
Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata tindakan itu dilakukan selepas pihaknya mendapat waran tangkap daripada Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam petang semalam.
Ia susulan kegagalan Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman menghadiri prosiding kes berpakaian wanita Selasa lalu.
“JAIS mendapat waran tangkap ke atas Sajjad petang semalam, jadi hari ini kita menggerakkan anggota dan pegawai penguatkuasa kita untuk mencari Sajjad di seluruh Selangor,” katanya.
Selasa lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam mengeluarkan waran tangkap terhadap Sajat itu atas tuduhan berpakaian seperti wanita sehingga menyebabkan agama Islam dipandang hina.
Pada 6 Januari lalu, Sajat mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berpakaian seperti wanita.
Sajat didakwa melakukan perbuatan itu dalam majlis bacaan Yasin dan solat hajat, 23 Februari 2018 di premis kecantikannya, Nursajat Beauticion, Jalan Serai Wangi G16/G, Seksyen 16, Shah Alam.
sumber : rotikaya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan