Sabtu, 20 Februari 2021

SPRM kesan Mohd Nazim AG Abdullah bantu siasatan

Oleh MAISARAH SHEIKH RAHIM
MOHD. NAZIM AG ABDULLAH

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah sedang mengesan seorang individu bagi membantu siasatan kes berkaitan pemalsuan dokumen serta penyamaran sebagai pegawai kanan SPRM.

Lelaki tersebut, Mohd. Nazim AG Abdullah, 45, pemegang kad pengenalan 760515-12-5403 dan mempunyai alamat terakhir di No.1, Lorong 4/3B, Taman Bukit Sepanggar, 88450, Kota Kinabalu, Sabah.

Sehubungan itu, SPRM meminta orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut dapat menghubungi pegawai penyiasat, Penguasa Rajin Masran di talian 016-881 7679 / 088-488381 atau emel ke alamat rajin@sprm.gov.my. – UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan: