Isnin, 22 Februari 2021

Dua lelaki disyaki liwat pelayan restoran direman

Oleh NURAINA HANIS ABD. HALIM

PETALING JAYA: Diliwat lapan kali oleh dua lelaki selain dipaksa melakukan seks luar tabii. 

Itu nasib malang seorang pelayan restoran berusia 20 tahun yang diperlakukan  dua suspek  masing-masing berusia 31 dan 36 tahun di Kampung Sungai Kayu Ara, Damansara Utama di sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, sebelum kejadian, mangsa mendakwa berjoging di kawasan rumahnya dekat Jalan PJU 6A, Damansara sebelum terserempak dua suspek  minum alkohol.

Menurut beliau, pada awalnya, suspek memanggil mangsa dan bertanyakan pelbagai soalan namun kemudian secara tiba-tiba menarik tangan mangsa dan mengarahkannya membonceng motosikal seorang daripada suspek itu.

“Mangsa cuba melawan tetapi gagal lalu dibawa ke rumah suspek di Kampung Sungai Kayu Ara. 

“Kejadian liwat  berlaku sekitar pukul 7 malam, kelmarin dan kita berjaya menahan kedua-dua suspek pukul 11 malam tadi,” katanya dalam kenyataan  semalam.

 Mengulas lanjut, Nik Ezanee berkata, selepas kejadian, suspek menghantar mangsa pulang ke kawasan perumahannya. 

Ujarnya, mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan.

“Pemeriksaan lanjut pula mendapati seorang daripada suspek berusia 36 tahun mempunyai dua rekod jenayah.

“Mereka kini direman  tujuh hari mengikut Seksyen 377C, 377A dan 354 Kanun Keseksaan,” katanya. – UTUSAN

Tiada ulasan: