KUALA LUMPUR – Warga maya memberi pelbagai reaksi susulan pengumuman pembukaan sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang diumumkan oleh Menterinya, Datuk Dr Radzi Jidin.
Berbagai reaksi diluahkan netizen di laman Facebook KPM – ada yang berbelah-bahagi, kecewa, marah, suka dan keliru.
Pemilik akaun Shafina Sakariyah berkata: ” Alhamdulillah.. smoga anak2 guru2 petugas sekolah dilindungi Allah sntiasa”.
SueAi Mie pula berkata: ”Alhamdulillahh..semoga dipermudahkan urusan sesi persekolahan 2021 ..Amiinn”.
”Alhamdulillah sek bakal di buka. Smoga dipermudhkn sgla urusan dn dpt mmatuhi SOP,” kata Naza Zul.
Namun ada juga ibu bapa berasa was-was untuk membenarkan anak-anak ke sekolah kerana bimbang keselamatan anak masing-masing.
Lantaran itu, ada warga maya yang meminta KPM agar membuka sekolah di kawasan zon hijau terlebih dahulu.
Pemilik akaun Shara Liza berkata: ”Buka utk zon hijau ok tp yg merah menyala ni..hold dulu..kwsn setempat ada kes..ada juga individu terlibat yg kuarantin di rumah..risau klau jd apa2..tp please KPM consider juga..murid spm 2020 baru nak mula exam..ramai guru yg terlibat jd pengawas peperiksaan sbb kelas2 periksa byk buka..ramai yg avoid guna dewan peperiksaan..klau boleh..keputusan yg diambil..dpt puaskan hati semua pihak..bukan sesetengah golongan shj..”.
Harwind Nallasamy pula berkata: ”Now will open the school.. Then will close back.. (Sekarang sekolah akan dibuka. Kemudian akan ditutup semula”.
Aston Clarence bertanya: “Who is going to be responsible for covid 19 students (Siapakah yang akan bertanggungjawab ke atas pelajar-pelajar Covid-19)”.
Nurul Muhd juga bertanya: “apa plan KPM sekiranya kes covid19 naik semula?”.
Nanthe Kumar pula meminta KPM tidak bergesa-gesa membuka sekolah.
“Hold dulu untuk 2 bulan lagi jangan tegesa gesa buka sekolah lepas itu tutup balik, kami tak larat nak ulang alik hantar dan ambil balik anak , tutup untuk dua bulan lagi dan tengok keadaan kes covid19 baru buka balik, minta KPM analyse dulu dan jangan terburu buru ambil tindakan,” ujarnya.
Ada juga ibu bapa yang mencadangkan sekolah dibuka secara penggiliran sehingga keadaan Covid-19 terkawal.
Pemilik akaun Seriwati Ning berpendapat: “Utamakan dulu pelajar yg ambil exam… buka sekolah berperingkat tgk keadaan…”.
Zuraida Abdullah Hani berkata: “Harap buka sekolah secara penggiliran.. lebih2 lagi untuk tahun2 peperiksaan seperti SPM dan UPSR”.
Rossa Fiza pula berkata: “mohon kpm buka sekolah on rotation basis cth isnin utk darjah 1 & tingkatan 1 shj dan pengajaran pula lebih pd matapelajaran teras, jd pd haritu cikgu blh mengajar & bagi modul2 utk hari2 yg berikutnya.. dgn cara ni guru2 & murid tak terbeban dari segi pengajaran secara google meet/zoom yg kurang efektif manakala ibubapa tak terbeban utk siapkan gajet2 & kekangan masa sbb bekerja..”. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan