Isnin, 1 Februari 2021

826 individu ditahan ingkar PKP, 776 kompaun dikeluarkan

 FMT Reporters

(Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Polis menahan 826 individu yang mengingkari arahan perintah kawalan pergerakan (PKP) semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata, 776 dikompaun manakala 50 individu direman.

Antara kesalahan direkodkan ialah tiada penjarakan fizikal (170), rentas daerah/negeri tanpa kebenaran (158), tidak memakai pelitup muka (128), keluar rumah tanpa alasan munasabah (69), premis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (53) dan lain-lain (248).

Beliau berkata, 20 pendatang asing tanpa izin turut ditahan dan lima kenderaan serta tiga bot dirampas menerusi Operasi Benteng.

Sementara itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna melakukan 1,576 pemeriksaan khas pematuhan SOP.

“Daripada jumlah itu, 1,561 premis mematuhi SOP, 13 diberi nasihat, satu (1) premis diberi amaran manakala satu (1) lagi premis dikompaun,” katanya dalam kenyataan.

Dalam tempoh sama, sebanyak 6,641 pekerja warga asing menjalani ujian saringan dan daripada jumlah itu, 85 orang disahkan positif Covid-19.

“Daripada jumlah itu, seramai 4,735 orang disahkan positif, manakala 246,366 lagi negatif.”

Bermula hari ini, kerajaan mewajibkan semua majikan di seluruh negara memastikan pekerja mereka menjalani ujian saringan Covid-19 dan kos ujian saringan ditanggung oleh majikan masing-masing.

Tiada ulasan: