Isnin, 22 Februari 2021

3,414 sembuh, 2,192 positif, Selangor kembali teratas

Oleh PETAH WAZZAN ISKANDAR
NOOR HISHAM ABDULLAH

PUTRAJAYA: Malaysia masih merekodkan sebanyak 3,414 kes sembuh mengatasi kes positif iaitu 2,192 kes dengan enam kematian.

Bagi kes aktif, yang mengalami penurunan kes sejak beberapa hari lalu , hari ini ia merekodkan sebanyak 32, 076 kes berbanding semalam, 33,304 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 199 kes positif yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 91 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Selangor kembali menjadi negeri yang merekodkan kes positif tertinggi iaitu 910 kes diikuti Kuala Lumpur, 303 kes; Sarawak, 221 kes; Johor, 211 kes; Perak, 148 kes; Pulau Pinang, 135 kes dan Sabah, 110 kes.

“Baki negeri lain hanya merekodkan kes dua angka manakala Putrajaya, tujuh kes; Pahang, tujuh kes; Perlis dan Terengganu, empat kes dan Labuan, sifar kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. -UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan: