Khamis, 18 Februari 2021

2,712 kes baharu Covid-19, 25 kematian

COVID-19 Updates – Green Valley High School | Henderson, Nevada

PETALING JAYA: Kementerian kesihatan melaporkan 2,712 kes Covid-19 dan 25 kematian hari ini, rekod kematian paling tinggi.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 5,320 kes sembuh dilaporkan dalam tempoh sama, iaitu masih kekal mengatasi jangkitan baharu menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya 235,082.

Katanya, daripada jumlah kes baharu itu, 2,708 adalah penularan tempatan manakala empat jangkitan di luar negara.

Dengan 25 kematian direkodkan menjadikan angka korban Covid-19 setakat ini melepasi angka 1,000 iaitu 1,030.

Sehingga kini jumlah jangkitan Covid-19 direkodkan dalam negara kini 274,875 kes.

Ketika ini, 38,763 sedang dirawat, dengan 227 di unit rawatan rapi (ICU) dan 103 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.

Memperincikan kes jangkitan baharu, Hisham berkata Selangor terus melaporkan kes tertinggi iaitu sebanyak 1,013 kes.

“Daripada jumlah ini, sebanyak 795 kes atau (78.5%) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan,” katanya.

Ini diikuti oleh Johor dengan 426 kes, Kuala Lumpur (212) dan Sarawak (200).

Katanya, 43 kes (1.6%) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara, lokap, dan depot tahanan imigresen yang membabitkan Kluster Tembok Bendera (19 kes), Kluster Telok Mas (11 kes), Kluster Tembok Sungai Udang (8 kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (1 kes), Kluster Matambai (1 kes), Kluster Penjara Kepayan (1 kes), Kluster DTI Sepang 2 (1 kes), dan Kluster Penjara Seberang Perai (1 kes).

Berkenaan kes kematian pula, Dr Noor Hisham berkata daripada 25 kes kematian, 21 membabitkan rakyat tempatan dan 4 bukan warganegara.

“15 kes di Selangor, masing-masing tiga kes di Sarawak dan Sabah, dua kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, serta masing-masing satu kes di Johor dan Wilayah Persekutuan Putrajaya,” katanya.

 LIHAT VIDEO DI SINI

Tiada ulasan: