Khamis, 18 Februari 2021

Perpaduan nasional tak tercapai selagi Cina, India ikuti pendidikan vernakular

Datuk Sirajuddin Haji Salleh

Tiada sebab kerajaan PN tak boleh tutup sekolah vernakular

PERTUBUHAN Gerakan QIAM (QIAM) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) kerana melancarkan Dasar Perpaduan Nasional (BU TV1 15/2/20) baru baru ini.

2. Pelancaran Dasar ini secara tidak langsung memberi kita dua mesej penting.

Pertama, masalah perpaduan nasional amat kritikal kepada masa depan negara. Dalam keadaan darurat sekarang dan kesibukan berperang dengan COVID-19, kerajaan PN masih mencari
ruang dan sumber untuk mengeluarkan dasar ini.

Kedua, matlamat Perpaduan Nasional dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilancarkan kerajaan sejak 50 tahun dahulu (1970), gagal dicapai. Kita nampak jelas bahawa sifat perkauman di kalangan rakyat mutakhir ini lebih ketara dari
dahulu.

3. Pada hemah QIAM, penyumbang utama kepada masalah dan kegagalan tersebut adalah kerana program dan aktiviti yang dilaksanakan sebelum ini hampir kesemuanya berbentuk
menjernihkan air di hilir sungai sedangkan air di hulu dibiar kotor dan keruh.

Program-program sukan, kemasyarakatan, perjumpaan, kenduri, ceramah perpaduan dan sebagainya yang dijalankan adalah tertumpu kepada orang dewasa, tua dan lanjut umur.

Mereka diibaratkan sebagai air di hilir sungai. Mampukah air di hilir ini menjadi jernih jika air yang datang dari hulu itu tetap air kotor dan keruh? Jenerasi muda kaum Cina dan India dididik berasingan dari kaum Melayu, lantas menebalkan sifat perkauman mereka.

4. Perpaduan Nasional kita hendaklah bertunjangkan kepada kaum Melayu. Masalah paling utama ialah perpaduan antara kaum Melayu dan kaum Cina. Pertama kerana peratusan
kaum Cina agak besar berbanding kaum India.

Kedua, pengasingan sejak dari kecil (air di hulu) ribuan kanak-kanak kaum Cina di sekolah vernakular dan sekolah-sekolah swasta Cina yang tidak menggunakan kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), menyebabkan semangat perkauman Cina menebal dan akhirnya membentuk air di hulu sungai yang kotor dan keruh masuk ke dalam masyarakat.

Golongan ini juga ibarat buluh yang sudah keras. Tentu sukar untuk dilentur dan berpadu dengan kaum Melayu.

5. Perpaduan dengan kaum India diperhatikan tidak sesukar saperti kaum Cina. Pertama, hal ini kerana peratusan kaum India agak kecil dalam masyarakat.

Kedua, peratusan kaum India yang beragama Islam nampaknya lebih ramai dari kaum Cina. Ini menyebabkan perpaduan mereka ke dalam masyarakat Melayu lebih mudah.

6. Jelas dari huraian diatas, masalah perpaduan nasional kita adalah antara kaum Melayu dengan kaum Cina dan India.

Terimalah hakikat ini, iaitu selagi generasi kanak-kanak (air dihulu) Cina dan India mengikuti pendidikan vernakular dan sekolah swasta, selagi itulah mereka membentuk air dari hulu yang keruh yang akhirnya mengeruhkan air dihilir. Perpaduan Nasional tidak akan tercapai.

7. Bagi menjernihkan air di hulu ini, kerajaan PN perlulah sepakat dan mempunyai ‘political will’ yang kuat dan demi masa depan negara, mewujudkan sekolah satu aliran dengan mengguna Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Kepujian Bahasa Melayu menjadi syarat mendapat sijil.

Jika sekolah Melayu yang wujud sebelum ini mampu ditutup, QIAM tidak nampak sebab kerajaan PN tidak boleh menutup sekolah vernakular dan sekolah jenis kebangsaan.

Ke arah sekolah satu aliran ini, QIAM ingin sarankan beberapa perkara penting saperti berikut:

7.1. Perkasakan semua sekolah kebangsaan dengan prasarana, teknologi, alat komputer dan
sebagainya.

7.2. Tingkatkan bilangan dan kemahiran guru di semua sekolah kebangsaan.

7.3. Serapkan sekolah vernakular Cina dan India ke dalam sekolah kebangsaan dengan
membawa bersama ‘good practices’ mereka.

7.4. Tingkatkan pengajaran bahasa Inggeris sebagai syarat lulus peperiksaan.

7.5. Tawarkan bahasa Arab, Mandrain dan Tamil sebagai subjek pilihan.

8. QIAM amat yakin bahawa sekolah satu aliran bagi semua kaum ini akan mengeluarkan generasi air di hulu yang jernih yang bersatu-padu dengan kaum Melayu dan peribumi.

Percayalah bahawa dalam masa 30 tahun negara akan melihat jenerasi baru yang bersatu padu. Itulah Perpaduan Nasional.  ISMA WEB

(*) Datuk Sirajuddin Haji Salleh Presiden QIAM

Tiada ulasan: