Khamis, 4 Februari 2021

120 kereta ' buggy' musnah dalam kebakaran

 

BH ONLINE
Kenderaan 'buggy' musnah dalam kebakaran di Kota Seriemas Golf & Country Club (KSGCC) di sini, awal pagi tadi.- Foto NSTP/ Ihsan JBPM
Kenderaan 'buggy' musnah dalam kebakaran di Kota Seriemas Golf & Country Club (KSGCC) di sini, awal pagi tadi.- Foto NSTP/ Ihsan JBPM

NILAI: Sebanyak 120 kenderaan 'buggy' musnah dalam kebakaran di Kota Seriemas Golf & Country Club (KSGCC) di sini, awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nilai, Penolong Kanan Penguasa Bomba Bakarya Mohd Salleh, berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran pada jam 2.37 pagi.

Katanya, kebakaran membabitkan tempat penyimpanan kenderaan di bawah aras bawah tanah kelab berkenaan.

"Dianggarkan sebanyak 120 'buggy' terbakar 100 peratus dan kebakaran itu turut merebak di bangunan tingkat satu. Bagaimanapun, keadaan api dapat dikawal pada jam 3.23 pagi," katanya ketika dihubungi, pagi ini.

Beliau berkata, seramai 33 anggota bomba dari stesen Nilai, Mantin dan Seremban 2 dengan dua jentera terbabit membantu memadamkan kebakaran itu.

"Kerugian dan punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya.

Tiada ulasan: