Bernama
Orang
ramai diingatkan tidak menularkan sebarang berita yang tidak benar
kerana boleh menimbulkan kegusaran dan kebimbangan dalam kalangan
orang
ramai. - Gambar hiasan
TAIPING:
Polis menafikan dakwaan bahawa seorang lelaki warga Bangladesh yang
memakai gelang kuarantin Kementerian Kesihatan (KKM) merayau-rayau di
kawasan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Bukit Gantang di sini yang
ditularkan menerusi satu rakaman video.
Ketua
Polis Daerah Taiping ACP Osman Mamat berkata rakaman video berdurasi
satu minit 37 saat menunjukkan pasukan polis memeriksa seorang lelaki
pada kira-kira 11.05 pagi semalam, bukan warga asing malah tidak
mengenakan gelang tangan KKM seperti didakwa.
"Dia
berasal dari Kampong Pondok, Padang Rengas dan tinggal dengan kakaknya
di Ipoh telah menumpang lori untuk ke Alor Star, Kedah untuk mencari
kerja namun berhenti di kawasan hentian itu sebelum pekerja kedai makan
menghubungi polis bantuan untuk meminta pertolongan," katanya dalam
kenyataan di sini semalam.
Beliau berkata
pihak polis telah membantu menghantar lelaki tersebut ke Stesen Bas
Kamunting serta membelikan tiket bas untuk pulang semula ke rumah
kakaknya di Ipoh.
Osman
berkata orang ramai diingatkan tidak menularkan sebarang berita yang
tidak benar kerana boleh menimbulkan kegusaran dan kebimbangan dalam
kalangan orang ramai.
Katanya sebarang
perkongsian berita palsu merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 233
Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang jika sabit kesalahan boleh
dihukum denda tidak melebihi RM50,000 atau hukuman penjara tidak
melebihi setahun atau kedua-duanya sekali.-- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan