Sabtu, 16 Januari 2021

COVID-19: Kes positif rawat di rumah perlu kelulusan CAC

Oleh Luqman Arif Abdul Karim
Persiapan giat dijalankan bagi penyediaan wad tambahan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang. - NSTP/HAIRUL ANUAR RAHIM
Persiapan giat dijalankan bagi penyediaan wad tambahan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang. - NSTP/HAIRUL ANUAR RAHIM

SERDANG: Kebenaran untuk menjalani rawatan di rumah sekiranya disahkan positif perlu mendapat kelulusan Pusat Penilaian COVID-19 (CAC).

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, menegaskan individu positif yang berada dalam kategori satu dan dua COVID-19 perlu memenuhi beberapa prasyarat.

Sehubungan itu, katanya, CAC yang ditubuhkan di peringkat daerah dan negeri diketuai pegawai kesihatan akan meneliti keseluruhan aspek prasyarat, sebelum mengeluarkan kelulusan menjalani rawatan di rumah.

Tiada ulasan: