Sabtu, 16 Januari 2021

PKP: Peniaga kecil bersyukur punca rezeki tak tertutup

Oleh Hazira Ahmad Zaidi dan Adnan Ibrahim
KOTA BHARU 16 JANUARI 2021. Kebanyakan peniaga kecil melahirkan rasa gembira berikutan langkah kerajaan yang membenarkan mereka berniaga dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula hari ini hingga 26 Januari. KHIS/NIK ABDULLAH NIK OMAR
KOTA BHARU 16 JANUARI 2021. Kebanyakan peniaga kecil melahirkan rasa gembira berikutan langkah kerajaan yang membenarkan mereka berniaga dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula hari ini hingga 26 Januari. KHIS/NIK ABDULLAH NIK OMAR

KOTA BHARU: Bagi kalangan peniaga kecil, kebenaran yang diberi kerajaan untuk mereka beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa adalah rahmat tidak terhingga kerana punca pendapatan mereka tidak tertutup.

Mengakui walaupun pendapatan susut sedikit, keadaan sekarang jauh lebih baik berbanding ketika PKP Mac tahun lalu apabila ramai peniaga yang gulung tikar kerana tidak dapat beroperasi beberapa bulan ketika itu.

Bagi peniaga roti tempayan, Muhammad Hazwan Ahmad Zaidi, 27, dia berasa lega apabila kerajaan mengumumkan peniaga sepertinya boleh berniaga seperti biasa.

"Saya berasa lega, tetapi tetap mengambil langkah bagi memastikan pelanggan yang datang ke kedai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan memakai pelitup muka, mendaftar melalui Aplikasi MySejahtera, menjalani pemeriksaan suhu badan dan mengamalkan penjarakan sosial satu meter ketika membeli di kedai.

KOTA BHARU 16 JANUARI 2021. Kebanyakan peniaga kecil melahirkan rasa gembira berikutan langkah kerajaan yang membenarkan mereka berniaga dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula hari ini hingga 26 Januari. KHIS/NIK ABDULLAH NIK OMAR
KOTA BHARU 16 JANUARI 2021. Kebanyakan peniaga 
kecil melahirkan rasa gembira berikutan langkah kerajaan 
yang membenarkan mereka berniaga dalam tempoh 
pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang 
bermula hari ini hingga 26 Januari. KHIS/NIK ABDULLAH 
NIK OMAR

"Saya akan memastikan tiada pelanggan makan dalam premis dan mematuhi SOP yang ditetapkan," katanya.

Muhammad Hazwan berkata, dia membuat persediaan awal malam tadi memandangkan pelanggan hanya boleh membeli makanan yang dibungkus sahaja.

Peniaga jeruk, Siti Hajar Buang, 40, berkata dia berasa lega apabila kerajaan memberi kebenaran berniaga, sekali gus mengembalikan kestabilan ekonomi peniaga di Kelantan yang sebelum ini terjejas berikutan penularan pandemik COVID-19.

"Saya tidak kisah apa sahaja syarat dan peraturan ditetapkan asalkan boleh berniaga seperti biasa dan mencari pendapatan untuk kelangsungan hidup.

"Sebelum ini memang perniagaan 'sakit' kerana hampir tiga bulan saya terpaksa bekerja dari rumah dan mengambil tempahan secara dalam talian, tetapi sekarang sudah ada sedikit longgar jadi memudahkan saya berniaga, sekurang-kurang ada juga pelanggan," katanya.

KLUANG 16 JANUARI 2021. Shahrizal Shahrom (Kiri) menyerahkan bungkusan air teh ais yang ditempah oleh pelanggan yang datang ke Restoran Nasi Padang miliknya di bandar Kluang.STR/ADNAN IBRAHIM.
KLUANG 16 JANUARI 2021. Shahrizal Shahrom (Kiri) m
enyerahkan bungkusan air teh ais yang ditempah oleh 
pelanggan yang datang ke Restoran Nasi Padang miliknya 
di bandar Kluang.STR/ADNAN IBRAHIM.

Sementara itu di Kluang, peniaga yang ditemui mengakui bersyukur dengan kebenaran diberikan kerana mereka masih boleh mencari pendapatan berbanding PKP pada Mac lalu apabila mereka hilang pendapatan buat beberapa bulan.

"Alhamdulillah, walaupun dalam PKP, jualan makanan tengah hari di kedai kami amat memuaskan," kata Shahrizal Shahrom, 30.

Menurut Shahrizal, walaupun hanya dibuka jam 11 pagi, pelanggan tetap Restoran Nasi Padang yang beroperasi di tengah bandar Kluang tetap datang untuk mendapatkan menu kegemaran mereka di sini.

Katanya, berikutan PKP yang berkuat kuasa 13 Januari lalu, pihaknya mengubah sedikit cara urusan jualan iaitu dengan cara penghantaran ke rumah pelanggan atau datang ke kedai untuk memilih sendiri sebelum dibungkus dibawa pulang.

"Tidak ada pelanggan dibenarkan duduk makan atau minum di kedai kami dan pelanggan juga amat memahami prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi semua pihak," katanya yang menyifatkan pelaksanaan PKP kali ini jauh lebih baik berbanding Mac tahun lalu.

Tiada ulasan: