Kuantan: Pahang membenarkan maahad tahfiz dan sekolah pondok di negeri ini untuk terus beroperasi.
Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sepanjang operasi itu juga, pelajar tidak dibenarkan keluar dari kawasan maahad dan sekolah berkenaan.
Katanya, guru dari luar Pahang khususnya zon merah juga tidak dibenarkan kembali ke maahad dan sekolah untuk mengajar.
"Keputusan ini bergantung kepada keadaan. Jika terdapat sahaja kes jangkitan baharu di maahad dan sekolah ini maka arahan berhenti operasi akan dilakukan," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.
Wan Rosdy berkata, Pahang satu daripada tiga negeri yang tidak tertakluk kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Namun, katanya, langkah membendung penularan wabak pandemik Covid-19 di negeri ini akan terus dilakukan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan