Sabtu, 28 November 2020

Mana ada bank yang rugi – Najib

MGF08052020_TEMUBUAL-DS-NAJIB-RAZAK_20
Najib Razak

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak berharap institusi perbankan negara tidak merumitkan permohonan peminjam-peminjam dalam kalangan B40, M40 dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang memohon lanjutan moratorium.

Malah, Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz juga dituntut menunaikan janji kepada UMNO dan Barisan Nasional berhubung lanjutan moratorium.

Ini kerana, katanya, kebanyakan bank-bank utama Malaysia yang mengumumkan keuntungan masing-masing bagi prestasi kewangan suku ketiga 2020.

Malah,  ada juga beberapa bank yang umum keuntungan yang lebih tinggi berbanding tahun lepas sepanjang tempoh enam bulan moratorium pinjaman pukal dari April hingga September.

Prestasi itu bertentangan dengan dakwaan Menteri Kewangan pada Julai lalu yang mengumumkan bank-bank Malaysia rugi RM1.06 bilion pada setiap bulan ketika moratorium pinjaman pukal diberi.

”Bila dilihat dengan keuntungan bank bagi suku ke-2 (April hingga Jun), tiada satu bank yang pernah umum kerugian,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Berikut adalah prestasi keuntungan bank-bank tempatan:

Maybank – RM942 juta (suku sama tahun lepas: RM1.94b)
CIMB – RM277 juta (RM1.51b)
RHB Bank – RM400 juta (RM615 juta)
Public Bank – RM1 bilion (RM1.33b)
Alliance Bank – RM104 juta (RM77 juta)
Hong Leong Bank – RM525 juta (RM469 juta)
Ambank – RM365 juta (RM391 juta)
Affin Bank RM67 juta (RM156 juta)
Bank Islam RM153 juta (RM195 juta)
Suku ke-3 2020 (Jul-Sept)
Maybank – RM1.95 bilion (suku sama tahun lepas: RM2.0b)
CIMB – RM194.4 juta (RM1.01b)
RHB Bank – Belum umum lagi
Public Bank – RM1.39 bilion (RM1.36b)
Alliance Bank – RM104 juta (RM115.4 juta)
Hong Leong Bank – RM728.9 juta (RM688.6 juta)
Ambank – Belum umum lagi
Affin Bank RM48.7 juta (RM72.4 juta)

Menurut Najib, hanya Bank Islam yang belum mengumumkan prestasi kewangan bagi tempoh tersebut.

“Bank mana yang rugi?,” soal Najib. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: