Sabtu, 28 November 2020

Lelaki keluar merawai dikhuatiri lemas

Oleh ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN

TEMERLOH: Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas hilang ketika merawai ikan di Sungai Pahang berhampiran Kampung Kunjan di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu mangsa, Loqman Hamka, 20, keluar melihat rawai yang dipasang di Sungai Pahang.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Mohd. Yusri Othman berkata, bot dinaiki mangsa kemudiannya ditemukan hanyut oleh penduduk setempat.

“Gerakan mencari telah dimulakan sebaik saja maklumat kehilangan mangsa dilaporkan dan jarak pencarian setakat ini ditumpukan dalam lingkungan dua kilometer (km) ke hilir sungai.

“Setakat ini mangsa masih belum ditemui dan usaha mencari dan menyelamat ditangguhkan pada pukul 6.30 petang berikutan cuaca gelap dan operasi akan diteruskan bermula pukul 8 pagi esok,” katanya di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan: