IPOH: Polis Perak akan membuat 51 sekatan jalan raya (SJR) di sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula esok sehingga 6 Disember.
Pemangku Ketua Polis Perak, Datuk Goh Boon Keng, berkata ia membabitkan 28 SJR bagi sempadan daerah dan 23 SJR di sempadan negeri.
"Sebanyak 450 pasukan pemantauan dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) juga digerakkan sepanjang PKPB.
"Kedua-dua penugasan itu membabitkan sejumlah 1,800 pegawai orang pegawai polis di seluruh kontinjen Perak setiap hari," katanya kepada media, hari ini.
Boon Keng berkata, polis juga akan melakukan hebahan pematuhan SOP melalui pembesar suara daripada pasukan kereta peronda.
"Semua pihak diingatkan mematuhi SOP dan peraturan PKPB yang ditetapkan," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan