Kerajaan tidak menerima makluman mengenai dakwaan
sukarelawan Universiti Malaya dikehendaki mengendalikan penuntut China
yang kembali meneruskan pengajian di semester baru, kata Timbalan
Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
“Pihak universiti mesti mengambil tanggungjawab untuk beri perlindungan kepada sesiapa sahaja,
sukarelawan mahupun staf,” katanya pada sidang media mengenai perkembangan terkini jangkitan COVID-19 di Putrajaya, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai merujuk kepada laporan sebuah akhbar tempatan mengenai sukarelawan UM yang dikatakan diminta menguruskan penuntut China di Kolej Kediaman 10.
Laporan itu menyebut sejumlah 550 penuntut dari China yang pulang ke kampus itu mendaftar pada 5 Feb lepas, dan sukarelawan tidak diberi latihan khusus bagi mengendalikan penuntut China, terutamanya selepas isu Covid-19.- Bernama
No comments:
Post a Comment