Monday, February 3, 2020

Timbalan Presiden PBS umum keluar parti

BERNAMA




Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Jamilah Sulaiman, hari ini mengisytiharkan keluar daripada parti itu yang disertainya sejak 33 tahun lalu.

Ketua Bahagian PBS Sindumin itu turut melepaskan semua jawatannya dalam PBS.

Katanya keputusan dibuat setelah mengadakan perbincangan dengan penyokong PBS khususnya di bahagian Sipitang.

"Dengan mengambil kira pandangan dan perjuangan mereka bersama saya dalam PBS selama ini, maka saya mengambil keputusan meletak semua jawatan dalam parti dan mengisytiharkan keluar dari PBS dan berhenti daripada menjadi ahli PBS.

"Saya membuat keputusan ini kerana hilang kepercayaan dengan kepimpinan Presiden PBS, Dr Maximus J Ongkili," katanya dalam satu kenyataan di Kota Kinabalu, hari ini.

Sementara itu, 17 daripada 18 Ahli Jawatankuasa PBS Sipitang turut menyertai Jamilah dengan mengisytiharkan keluar parti.- Bernama


No comments: