LELAKI
yang mendakwa ditabalkan sebagai ‘Raja Muda’ ditahan buat kali ketiga
apabila terus menjadikan sebuah surau di Bukit Bauk, Dungun sebagai
istananya, hari ini.
Dalam operasi pada 3.30 petang itu, suspek berusia 34 tahun gagal melarikan diri sebelum ditahan polis.
Serbuan dilakukan seramai 26 anggota penguat kuasa termasuk polis, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Pejabat Agama Daerah Dungun dan Majlis Perbandaran Dungun (MPD).
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, suspek didapati turut membina pelbagai binaan termasuk menghias kawasan dalam dan luar surau serta pondok di situ dengan kain berwarna kuning.
“Selain itu, kesemua tingkap surau terbabit ditutup dengan sejadah supaya tidak dimasuki cahaya, malah suspek memasang lilin dengan mendakwa perlu mengerjakan ibadat dalam suasana gelap,” katanya.
Baharudin berkata, saringan ujian air kencing ke atas suspek mendapati positif dadah jenis methamphetamine.
Menurutnya, suspek dipercayai tinggal di surau berkenaan sejak Oktober 2018 dengan memasang lilin di kesemua tingkap surau terbabit serta meletakkan kayu mimbar selain sofa di situ.
Katanya, perbuatan itu menyebabkan orang ramai tidak berani untuk menunaikan solat di surau terbabit.
“Suspek kali pertama ditahan pada 10 Mac 2019 sebelum dia dibebaskan dengan jaminan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT).
“Tangkapan kedua dilakukan pada September tahun lalu sebelum lelaki itu dihantar ke Hospital Permai Tampoi, Johor untuk menjalani pemeriksaan mental,” katanya.
Katanya, siasatan akan dibuat mengikut mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagihan Dadah 1983 dan Seksyen 6 Akta Dakwaan Palsu Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Terengganu 2001.

No comments:
Post a Comment