Saturday, February 1, 2020

Pemandu mabuk: Bila kerajaan nak ambil tindakan?


 
BANGI – Boleh dikatakan hampir saban hari kemalangan melibatkan pemandu mabuk berlaku di negara ini.

Naib Presiden gerakan Islam utama, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin kehairanan, kerana kerajaan masih belum mengambil sebarang tindakan mengenai perkara itu, walaupun sebelum ini dilaporkan ramai terkorban berpunca daripada kecuaian pemandu di bawah pengaruh alkohol.

Oleh yang demikian, beliau bersama juta rakyat Malaysia yang lain mahu melihat kerajaan mengambil tindakan tegas serta drastik berhubung gejala berkenaan.

“Negara Taiwan telah pun bertindak tegas mengenakan hukuman mati kepada pemandu mabuk yang menyebabkan kematian akibat kemalangan jalan raya.

“Bagaimana pula dengan kita?,” soalnya dalam satu kenyataan ringkas, hari ini.

Terdahulu, seorang pemandu lelaki dipercayai di bawah pengaruh alkohol merempuh 11 kenderaan lain di kawasan parkir di Flat Taman Kota Pendamar 2, Klang, kelmarin.

Dalam kejadian jam 9.35 malam itu, pemandu berusia 46 tahun itu dipercayai memandu dari Pendamar Indah menghala ke Pelabuhan Klang, sebelum melanggar pelbagai kenderaan di flat terbabit.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, pemandu itu kemudian mengundurkan kenderaannya dan melanggar beberapa kenderaan lain.

“Suspek cuba melarikan diri sebelum kenderaan pacuan empat roda dipandunya terhenti selepas melanggar tiang elektrik.

“Kesemua kenderaan yang dilanggar berada dalam keadaan parkir dan tiada kecederaan akibat kemalangan dilaporkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Shamsul Amar berkata, ujian awal terhadap pemandu terbabit juga mendapati kandungan alkohol dalam darahnya melebihi paras yang dibenarkan.

Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

No comments: