'Mungkin anak tempatan tak layak kerja kilang topeng muka'
BANGI – Datuk Seri Najib Razak menyelar tindakan kerajaan Pakatan Harapan
(PH) – yang didominasi parti tamak haloba DAP – apabila melonggarkan
jumlah pengambilan pekerja asing untuk menambah penghasilan topeng muka.
Bekas perdana menteri yang kini berdepan
berdepan tuduhan-tuduhan daripada 5 kes jenayah di mahkamah berkata, isu
baru sengaja dicipta, meskipun belum reda isu perjanjian sulit untuk
membawa masuk 150,000 buruh tidak berkemahiran dari Pakistan.
“Mungkin anak tempatan tak layak kerja
kilang topeng kot. PH terus fikir rakyat mudah ditipu,” katanya sinis di
status Facebook, hari ini.
Terdahulu, kerajaan memutuskan untuk
membenarkan pengambilan lebih ramai pekerja asing bagi penghasilan lebih
banyak topeng muka dan hidung bagi mengekang wabak coronavirus
(COVID-19).
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr
Wan Azizah Wan Ismail berkata, kelonggaran itu diputuskan Kabinet
melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Bagaimanapun, katanya, beberapa prosedur akan dilakukan bagi memastikan tidak berlaku kebanjiran pekerja asing di negara ini.
“Topeng muka ini ada masa-masa yang biasa
hanya hospital sahaja menggunakan, orang awam adalah tidak biasa,
(kecuali) jerebu sahaja guna.
“Sekarang bila kita perlukan lebih banyak, pengeluarannya mesti dinaikkan secara mendadak.
“Jadi, pengilang-pengilang mengatakan
kalau boleh mereka ada syif 24 jam, jadi kita perlukan banyak lagi
pekerja dan mereka mendapat pelepasan untuk kilang-kilang ada tiga syif
dan untuk pengeluaran topeng-topeng muka,” katanya.
No comments:
Post a Comment