TERDAPAT golongan Liberal yang bertanya, mengapa Allah tidak menghantar petir ketika pendukung kemungkaran melakukan kerosakan di Makkah? Tahukah golongan Liberal ini bahawa Qurasyh pernah melakukan lebih dahsyat dari itu. Quraysh pernah menghimpunkan segala berhala di dalam Kaabah, bahkan memposisikan patung Hubal di atas Kaabah. Mereka melakukan dosa syirik iaitu kezaliman yang paling besar di sisi Allah, namun Allah tidak mengazab mereka serta merta.
Soalan golongan liberal ini tidak ubah seperti yang pernah diutarakan oleh Abu Jahal. Ia direkodkan di dalam al-Quran. Firman Allah:
Advertisement
وَإِذْ قَالُوا اللَّهُمَّ إِنْ كَانَ هَذَا هُوَ الْحَقَّ مِنْ عِنْدِكَ فَأَمْطِرْ عَلَيْنَا حِجَارَةً مِنَ السَّمَاءِ أَوِ ائْتِنَا بِعَذَابٍ أَلِيمٍ
“Dan ketika mereka (kaum musyrik Makkah) berkata: “Wahai tuhan kami! Jika sekiranya al-Quran itu adalah benar di sisimu, maka hujanilah kami dengan batu dari langit, atau datangkanlah kepada kami azab seksa”
(al-Anfal: 32)
Menurut al-Imam Ibn Hajar, soalan ini, atau lebih tepat cabaran ini diutarakan sendiri oleh Abu Jahal, penghulu kemungkaran yang mencabar kebenaran al-Quran. Tindakan Abu Jahal ini kemudian diikuti oleh beberapa pembesar Quraysh yang lain, bertanyakan sesuatu dengan nada mencabar kebenaran al-Quran.
Mendengar cabaran tersebut, Allah terus menjawab melalui firmannya:
وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيُعَذِّبَهُمْ وَأَنتَ فِيهِمْ ۚ وَمَا كَانَ اللَّهُ مُعَذِّبَهُمْ وَهُمْ يَسْتَغْفِرُونَ
“Allah tidak akan sekali-kali menurunkan azab selagimana engkau (wahai Muhammad) masih berada di sisi mereka. Bahkan Allah tidak akan mengazab mereka selagi mana ada dikalangan mereka yang memohon keampunan.”
(al-Anfal: 33)
Ini kerana, sekiranya Allah menimpakan azab ke atas sesuatu kaum, maka ia akan turut menimpa semua yang berada dengan mereka. Firman Allah:
وَلَوْ يُؤَاخِذُ اللَّهُ النَّاسَ بِمَا كَسَبُوا مَا تَرَكَ عَلَىٰ ظَهْرِهَا مِن دَابَّةٍ
“Dan kalaulah Allah menghitung kesalahan manusia serta terus menyeksa mereka disebabkan amal-amal jahat yang mereka telah kerjakan, tentulah Allah tidak membiarkan tinggal di muka bumi sesuatu makhluk yang bergerak.”
(Fatir: 45)
“Dan kalaulah Allah menghitung kesalahan manusia serta terus menyeksa mereka disebabkan amal-amal jahat yang mereka telah kerjakan, tentulah Allah tidak membiarkan tinggal di muka bumi sesuatu makhluk yang bergerak.”
(Fatir: 45)
قُلْ إِنِّي عَلَى بَيِّنَةٍ مِنْ رَبِّي وَكَذَّبْتُمْ بِهِ مَا عِندِي مَا تَسْتَعْجِلُونَ بِهِ إِنْ الْحُكْمُ إِلاَّ لِلَّهِ يَقُصُّ الْحَقَّ وَهُوَ خَيْرُ الْفَاصِلِينَ
“Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya aku tetap berada di atas (kebenaran yang berdasarkan) bukti-bukti yang nyata (Al-Quran) dari Tuhanku; sedang kamu mendustakannya. Tidak ada padaku apa yang kamu minta disegerakan (dari azab seksa); hanya Allah jualah yang menetapkan hukum; Ia menerangkan kebenaran, dan Dia lah sebaik-baik yang memberi keputusan”.
(al-An’am: 57)
Sejarah turut membuktikan bagaimana Allah masih memberi ruang kepada beberapa tokoh Qurasyh yang pada awalnya menentang Islam namun akhirnya menerima hidayah dan memeluk Islam.
Apa yang lebih hina adalah golongan yang telah dibentangkan di hadapan mereka hujah al-Quran, namun mereka memilih untuk ingkar. Itulah azab yang dipakaikan oleh Allah kepada mereka dalam keadaan tidak mereka sedari.
Semoga Allah membimbing kita semua. HARAKAHDAILY
No comments:
Post a Comment